Singapura Dilanggar Todak

Temasek2010Sebenarnya cerita tentang Singapura dilanggar todak adalah dongeng semata-mata. Ia merupakan salah satu cerita orang Melayu yang paling terkenal khususnya di Singapura. Oleh kerana kisahnya menarik, cerita ini turut disebaarkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Ini mungkin kisah-kisah dongeng yang direka untuk dijadikan pengajaran atau menakutkan cucu-cicit supaya lebih bermoral. Namun begitu, kidah dongeng ini amat menarik juga kerana banyak unsur ketidakadilan, kekejaman, kebijaksanaan dan sebagainya yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.

Secara ringkasnya ia berkaitan seorang pedagang dan ulama dari Parsi bernama Tun Jana Khatib yang datang ke Singapura. Secara tidak langsung, dia sangat disegani oleh penduduk sekitar. Pada suatu hari, permaisuri telah melihat satu perkara ajaib dilakukan oleh Tun Jana Khatib dengan secara tidak sengaja.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah Istana Raja Singapura. Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja melihat keadaan Tun Jana Khatib yang sedang merenung mata kearah pokok pinang, lalu dilihatnya Tun Jana Khatib menghampiri dan menyentuh batang pokok pinang tersebut. Tiba-tiba, pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah. Permaisuri raja berasa amat terkejut melihat keajaiban yang berlaku pada pokok pinang itu. Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar. Tidak lama kemudian, Raja Singapura telah terkejut melihat keadaan batang pokok pinang yang terbelah dua, lalu baginda bertanya kepada permaisurinya bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

Setelah mendapat khabar bahawa kejadian itu adalah perbuatan seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Lalu Tun Jana Khatib bersumpah yang dia merelakan kematiannya tapi memastikan Singapura akan menjadi huru-hara.

todak2

 

 

 

 

 

 

Sejak itu, banyak kejadian buruk berlaku sehinggalah sekumpulan ikan todak menyerang Singapura. Ramai yang terkorban kerana kebodohan rajanya. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu untuk terus ke tepi pantai berbaris, lalu dijadikan betis masing-masing sebagai pedinding dari serangan ikan todak. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang berada dalam ketakutan dan mereka menyangka tiada harapan lagi untuk bertahan. Keadaan ini membuatkan Raja Singapura bertambah murka dan seraya mendakwa sesiapa yang lari akan dikira sebagai penderhaka kepada raja yang akan ditimpa tulah.Muncul seorang kanak-kanak yang bijak mencadangkan supaya dibina benteng daripada pokok pisang iaitu Hang Nadim. Selepas kejayaan itu kanak-kanak yang tidak bersalah itu dibunuh berikutan baginda bimbang kanak-kanak itu akan mengambil alih negaranya.

Walaupun ia sekadar sebuah cerita tapi di Singapura terdapat nama Jalan Khatib dan Kampung Khatib sempena nama Tun Jana Khatib. Terdapat juga tempat bernama Hujung Pasar dan sekarang digelar Kampung Gelam yang merupakan tempat hukum bunuh yang dikenakan ke atas Tun Jana Khatib.

Leave a comment

All fields marked (*) are required