Susah Tidur? Cuba Makanan Ini

ANTI OXIDANT UMMAH

 

Asyik berpusing-pusing sambil mata terkebil-kebil tak mahu lelap? Jika anda sukar tidur, ayuh, mengambil makanan berikut.

1)  Walnut – Makanlah segenggam walnut kerana ia mengandungi melatonin, iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh otak dan usus pencerna makanan yang ‘terlibat’ mengatur pusingan tidur jaga tubuh.

thCAPVDWIKCherries

2)  Ceri – Sesetengah makanan memang mengandungi sintesis melatonin di dalamnya begitulah dengan ceri. Ia mengandungi dos melatonin menyihatkan, iaitu hormon yang memberi ketenangan untuk tidur.

thCAIWLBEGummah

 

3) Roti gandum penuh – Stres ialah salah satu punca yang menyukarkan kita tidur. Dengan stres yang berpanjangan menyebabkan kelenjar adrenalin yang mengatur tindak balas stres akan digunakan berlebihan. Vitamin B amat berfungsi untuk untuk kesihatan kelenjar ini untuk menyokong pusingan tidur yang menyihatkan. Bagaimanapun anda perlu mengambilnya pada sebelah pagi kerana jika dimakan pada ketika menghampiri waktu tidur ia akan mengganggu tidur anda.

4) Sayuran dan buah-buahan berdaun hijau – Untuk mendapatkan tidur yang selesa dan relaks, pastikan anda mengambil makanan kaya magnesium dalam diet anda. Bagi mendapatkan sumber magnesium yang mencukupi, masak sayuran secara kukus. Jika ia masak sangat kadar magnesium di dalamnya akan hilang 50 ke 70 puluh peratus.

thCAH3YU50Avoid

Apa makanan yang patut dielakkan?

Sudah tentu kopi, coklat, cola dan kopi pekat yang kesemuanya mempunyai kadar kafein yang tinggi. Selain itu elakkan gula halus seperti ramuan dalam kek dan biskut manis.

 

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required