Tidak Pentingkan Diri

al-quran

 

 

 

 

 

Seorang cucu Sayidina Ali yang bernama Jaafar Siddiq tinggal di kota Madinah. Pada suatu ketika kota Madinah telah dilanda musim kemarau yang panjang. Banyak tanaman yang mati, akibatnya bekalan makanan tidak lagi boleh diperolehi dengan mudah seperti selalu. Harganya naik berlipat kali ganda. Tetapi Jaafar tidak menghadapi masalah makanan. Bekalan makanan rumahnya sentiasa mencukupi.

Namun begitu, beliau tidak sampai hati hidup dalam keadaan mencukupi, sedangkan orang lain menderita kekurangan makanan. Lalu Jaafar meminta petugas yang menguruskan bahagian penyediaan makanan keluarganya supaya menjual semua bekalan gandum yang disimpan di stor makanan.

Petugas itu kurang bersetuju. Tetapi Jaafar tetap bertegas, “Bawa ke pasar dan jualkan kesemuanya. Kita hendaklah berbelanja seperti orang lain. Jika mereka berbelanja cukup untuk keperluan seharian, kita juga mesti begitu. Jika orang lain masih boleh beribadah hanya dengan makanan yang murah, mengapa kita tidak boleh.”

Akhirnya fahamlah si petugas itu. Keputusan tuannya bertujuan untuk membantu orang lain yang susah dan kesempitan makanan. Jaafar Siddiq tidak mementingkan diri dan keluarganya sendiri saja. Beliau sentiasa memahami dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling.

Pembaca Al-Quran Ditemani Malaikat

Setiap orang Islam mesti tahu membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid. Nabi s.a.w bersabda, “Orang (Mukmin) yang mahir membaca Al-Quran, kedudukan di akhirat kelak ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Al-Quran dengan gagap sehingga sukar baginya membaca, dia mendapat pahala berganda.”

(Hadis Riwayat Muslim daripada Aisyah r.ha).

Leave a comment

All fields marked (*) are required