Tiga Golongan Yang Malang

Nabi Muhammad s.a.w sedang melangkah naik ke atas mimbar. Tiba-tiba para Sahabat mendengar Nabi menyebut ‘amin’. Hairan kerana Nabi bukan sedang menadah tangan berdoa. Sekejap saja, sekali lagi Nabi mengucapkan ‘amin’. Sehinggalah cukup tiga kali. Para sahabat pun bertanya kepada Nabi sebaik saja baginda turun dari mimbar.

“Jibril muncul di hadapanku,” jawab Nabi s.a.w “Jibril berkata, ‘Celakalah orang yang melalui bulan Ramadhan yang diberkati tetapi tidak beroleh keampunan daripada Allah s.w.t.’ lalu aku pun mengucapkan amin.

Nabi menyambung lagi “Jibril berkata lagi kepadaku, ‘Celakalah orang yang apabila disebutkan namamu (nama Nabi s.a.w), dia tidak berselawat.’ Lalu aku pun mengucapkan amin. Kemudian Jibril berkata lagi, ‘ Celakalah orang yang semasa hidupnya, ibu bapanya atau seorang daripadanya telah tua, dia gagal berkhidmat kepada mereka’.”

Dengan kedudukan doa yang cukup tinggi darjatnya itu iaitu doa malaikat Jibril dan diaminkan pula oleh Nabi s.a.w.,pastilah doa tersebut diterima oleh Allah s.w.t.

Golongan Pertama

Orang berada di dalam bulan Ramadhan tetapi masih bergelumang dengan maksiat dan kelalaian kepada Allah s.w.t. Dia tidak sempat merebut kelebihan yang ada di bulan Ramadhan dengan mebanyakkan amal ibadah, beristighfar dan bertaubat.

Golongan Kedua

Orang tidak mahu berselawat apabila nama Nabi Muhammad s.a.w disebut, dialah juga orang yang paling bakhil sekali.

Golongan Ketiga

Orang yang tidak tahu mengenang budi. Ibu dan bapa wajib dihormati, ditaati dan dimuliakan. Lebih-lebih lagi apabila mereka tua. Mengabaikan kebajikan mereka termasuk dalam perbuatan dosa yang sangat dimurkai Allah s.w.t.

Leave a comment

All fields marked (*) are required