Wajib Baca! Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

sakura

 

Untukmu Isteri

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan  suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru itu berikan suami rasa dihormati, dan ciumlah tangannya setiap kali dia pergi dan pulang daripada mencari rezeki serta  meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman  dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat  anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi  penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang  isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan  mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Artikel ini dipetik daripada blog: http://nurisupian.blogspot.com Sila layari blog ini untuk membaca entri yang lebih menarik daripada penulisnya.

Leave a comment

All fields marked (*) are required