Yin & Yang

thCA1C7NQ5

 

Negara China terkenal dalam bidang perubatan sejak di awal perkembangan tamadun dunia lagi. Ia bermula 3000 tahun lalu. Ternyata ia sangat berbeza dengan kaedah perubatan barat atau moden. Biasanya perubatan tradisional China ini lebih pada penggunaan herba-herba, akupuntur, urutan refleksologi dan pelbagai ubat-ubatan. Namun ada juga yang mempercayai bahawa perubatan China ini dari kepercayaan magik dan kuasa ghaib.

Dari asas ini, mereka cuba mencari jawapan yang mempunyai kaitan dengan fenomena alam. Ada juga pengalaman nenek moyang digunakan dan mereka mengumpul segala kaedah ini sebagai salah satu teknik perubatan. Perubatan China mengandungi berberapa ciri. Pertama konsep dua angkasa atau mempunyai dua bahagian alam iaitu alam sekitar dan manusia. Alam sekitar yang dinyatakan ini merupakan unsur-unsur seperti tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, gunung-ganang, laut dan sebagainya. Manakala bahagian lain pula ialah melalui kehidupan itu sendiri. Ciri kedua adalah manusia yang meliputi luaran serta dalaman yang berkait rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain seperti zahir dan batin.

Manakala ciri ketiga pula adalah cara mengenal pasti sesuatu penyakit yang tidak diketahui atau lebih mudah melalui andaian atau ramalan. Amalan dan ramalan ini berdasarkan konsep Yin & Yang. Yin & Yang lebih tepat kerana berkaitan dengan perkara yang bertentangan seprti hitam putih, sejuk panas dan malam siang. Selain itu, konsep luaran dan dalaman ini meliputi anggota luar tubuh badan seperti kulit. Manakala bahagian dalaman merangkumi aliran di dalam tubuh badan manusia.

Seterusnya, konsep kuat dan lemah yang menggabungkan Yin & Yang. Antaranya  gelap-cerah, pasif-agresif, lembik-keras, bumi-langit, bulan-matahari, utara-selatan dan banyak lagi. Selain itu ada banyak lagi ciri rawatan tradisional China iaitu tidak merawat penyakit semata-mata tetapi merawat dengan menggunakan kaedah urutan tradisonal. Ada juga rawatan mereka yang dapat dikesan dengan menggunakan rawatan moden kerana mereka menggunakan titik meridian iaitu penggunaan kaedah akupuntur.

Rawatan tradisional China sangat menarik bukan sahaja berlandaskan konsep Yin & Yang, namun kesemuanya ada keunikan tersendiri.

Leave a comment

All fields marked (*) are required